Opening Speech

Hey,welcome to my new blog! Seblom ni aku dah ada satu blog ~

http://www.cajablogger.blogspot.com/


Tapi blog tu untuk graphic jer... Kalau interested,jenguk lah Caja Blogger tu ye :)

Why? Kenapa aku buat satu blog lagi.... Sebab,aku sekrang ni bosan sesangat... Pastu,tengok kakak aku pun dah mula mem-blogging pasal kehidupan harian dia terasa nak ikut serta pulak haha xP
Anyways,memang sekarang ni aku tengah bosan. Dah habis pekse SPM,tak der apa-apa nak buat...

Tak sabar nak mula post ni xP



PIMPING! My sister's blog http://www.justwidydib.blogspot.com/

1/3/09

SELAMAT TAHUN BARU

Walaupun hari ni dha masuk hari ketiga dalam tahun 2009,tapi aku nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU ~ 2009
untuk semua.



Aku baru balik dari G.Highland semalam. Sampai maghrib tapi tak sentuh komputer coz penat sangat. Tak taw la tapi kali ni,mmg ramai orang kat Genting. Sebab dieorg pakat nak sambut new year kat sana kot.. Ramai orang cina,kalau nak tgk orang melayu,kira ngan tangan pun boleh... Bayangkan,nak sambut new year (countdown) dieorg guna bahasa cina... Kalau guna english pun,aku tak kisah.. Boleh la jugak kalau nak faham....

But afterall,I had fun times there. Suhu kat sana 14oC... Sejukkkkkkkk sangat.
Bayangkan kalau kat negara orang lain sampai ada yang cecah negatif... wooooohooooo...

12/19/08

Malasnya nak update...

Aduh,ini la tabiat yang paling aku tak suka.

MALAS

Bukannya apa,cuma aku rasa x der yang menarik untuk di share kan kat sini.
Lagipun kalau ada pictures baru best kan? Henset yang aku pakai sekarang quality gambr dia x cantik. Aku ingat nak beli yang baru punya tahun depan. Salah satu sebabnya coz pasal kualiti gambr. Henset moto V3i aku sekarang ni cuma 1 megapixel jer. Bayangkan lah betapa low quality dia.. Aduss.... Aku ingat nak beli henset SE K850i. Functions dia hebat. Kamera dia ada 16 megapixel. Wwow,syok duh. Ada 3G,boleh la aku nak ber 3G ngan angah,dapat la tgk ank dia nanti. Angah nak berpantang kat Kedah,rumah mertuanya. Mak aku x kesah coz anak angah cucu first dieorg. Tapi angah cakap lepas habis pantang dia nak duduk kat sini. Boleh la main-main ngan Naufal nanti huhuh. One more things that I MUST buy ialah iPod Nano @ Apple. Mp4 aku yang sekarang ni size dia cuma 152 mb. Geram tol aku. Takleh letak banyak video or lagu...

Seblom Krismas nanti kiteorg ada plan untuk holidays. Firstly,nak ke Genting Highlands. Then ke Bukit Tinggi and sekitar area sana la. Nak pergi 2 kete coz nak ajak beberapa kezen yang dapat result UPSR yang cemerlang.

Buat sekarang ni aku tak buat apa-apa. Cuma duk kat umah n maen komputer. Tapi tahun depan mungkin aku akan sibuk. Kelas bahasa kat UiTM bermula 5hb ni. Kakak aku pun nak join. One of my friend pun ada nak masuk kelas tu. Tapi dieorg nak amek bahasa Inggeris jer. Maksudnya nanti aku akan keseorangan la nanti dlm kelas bahasa Mandarin...

Hujung bulan Januari pulak,my parents aku nak bawak aku ke Indonesia. Katanya nak pergi ke Medan and Tanah Tinggi. Kakak aku pun ik0t. Menyemak jer haha. Tak la,ok jugak kalau dieorg ikot ha,tak la bosan aku nanti. Mak aku ada ajak mak sedara kau kat kampung tapi tak taw la dieorg nak ikut ker tak. Lagi ramai,lagi bagus kan kan...

12/11/08

aDioss

Hari ni aku ngan family nak pergi bercuti wohoo. Hehe,nak pergi bercuti selama 2 hari jer. Tak lama. Sebab mak 'n' ayah aku kene kerja pulak Ahad nie. Kalau nak cuti lama kene tunggu akhir bulan. Mak aku cakap nak bawak yaya pergi Zoo Negara. Aku ik0t jer. Lagipun dah lama aku tak tgk Adif,rindunyaaaaaaaa.

K lah,aku nak pi simpan baju plak. Last update and aku akan update blog ni lepas aku balik. Yang pasti,akan ada banyak gambar yang akan diupload ke blog huhuh..

12/10/08

Update...

Hmmmm,dah lama tak update blog niey... Bukan per,cuma tak der paper yang interesting happen.
Ekceli,aku tengah bosan. Selain dari maen komputer,tido... Lepas bangun,ambik giliran nak maen komputer. LOL.

Oh yer,I found something addictive! Guess what?

DBSK

Ahhhh,toooo much love! haha :P

Tiap hari aku duk tgk video perfomance dieorg





Mula nya aku mmg dah kenal group ni tapi masa tu aku tak minat dengar lagu Korea. Cuma layan lagu cina jer. Tapi lepas aku tgk cerita Dangerous Love,dieorg yang berlakon dlm citer ni. Terus terpikat

Aku pun apa lagi,terus cari info tentang dieorg. Mmg tak susah coz DBSK ni ada fanbase yang besar. Terkenal sesangat. Ada satu blog tu ada links untuk download full album,music videos,
gambar... Mak oi,mcm mana lah aku tak gila

Hari ni aku check nuffnang. Kalau total pulus still kat rm 0.00 aku nak tukar layout blog. Sbb kakak aku cakap kalau nak guna layout selain dari blogspot sediakan,nuffnang dah tak leh guna.
Tengok jer,total yang ada sekarang rm3.27. haha,tak jadi nak tukar layout huhu




12/7/08

Banjir....

Alahai,ingatkan umah aku ni selamat la dari banjir tapi.... Ummm,bukan lah teruk sangat tapi kalau hujan still x berenti hari ni,rasanya lagi teruk... Rumah jiran-jiran aku semuanya dah naik air.. Rumah aku jer tak lagi coz dulu rumah kawasan ni selalu naik air tiap kali hujan lebat so mak and ayah aku decided nak buat simen depan rumah. Ohh yer,pokok depan rumah aku pun dah tumbang. Bayangkan lah betapa kuat nya angin... K lah,aku ada snap gambar sket,sebagai tatapn huahuahua







12/6/08

Hujan lagi

Ermmm,ingat kan dah tak hujan...

Kalau tak silap,hari ni hujan dari pagi sampailah sekarang..

Aku duk kat rumah tak buat paper pun. Hanya duk baring-baring,maen komputer and ber-sms ngan kawan-kawan. Sibuk nak tanya apa yang dieorg nak buat masa cuti ney..

Oh ye,tadi aku call pihak UiTM Dungun. Aku dah daftar untuk kursus bahasa tu.. Aku dah decide nak amik kursus bahasa ni selama 6 bulan and the rest 6 bulan tu aku nak amik kurus pastri..
Wow,nampaknya busy lah aku sepanjang tahun depan...

12/5/08

Muzik-Muzik Separuh Akhir [Balada]

Ahhhhhh,Nubhan tak dapat masuk ke final





Bukan main lagi aku ngan acik nyanyi lagu Ada Untukmu

Kiteorg mmg nak sangat Nubhan masuk final,lagu tu best per! Very meaningful lyrics for addition!